Ayam-Jagung-Baja?

“Jawapan untuk harga ayam bergantung kepada jawapan harga dedak ayam, jawapan kepada harga dedak ayam bergantung kepada harga jagung dan makanan soya, dan jawapan kepada harga jagung terletak kepada kos penanaman, terutama nya kos baja.”

Semenjak beberapa hari yang lalu setelah gempar dengan keluhan terhadap kenaikan tinggi harga ayam di seluruh negara, saya lihat ada tiga bentuk reaksi yang boleh kita rumuskan:

  1. Kawalan harga oleh KPDNHEP
  2. Pemastian bekalan ayam dalam negara mencukupi dengan “export ban”
  3. Pembekalan makanan ayam dengan menambah penanaman jagung dalam negara.

Pada pandangan saya, kawalan harga atau “price controls” secara umum nya hanyalah bersifat sementara. To solve temporal supply and demand mis-matches. Demikian juga lah kesan pemansuhan ekspot.

Sebagaimana yang saya jelaskan terlebih dahulu, masalah harga ayam berpunca terutama nya (causally speaking) adalah daripada harga bekalan makanan ayam (dedak ayam), yang mana bahan utama nya adalah jagung (maize) dan makanan soya (soymeal). Kedua-dua nya di impot daripada luar negara perpandukan harga US Dollar (pegged to USD).

Sebagai reaksi nya ramai mula bercakap tentang usaha untuk memperkembangkan penanaman jagung di pergiatkan di Malaysia. Sebagai contoh “FGV Holdings Bhd (FGV) bakal memulakan penanaman jagung berskala besar di ladang seluas 100 hektar di Chuping, Perlis dalam masa terdekat.” (Harian Metro) Demikian juga ramai yang menyuarakan keperluan kita memulakan agro industri ke arah yang sama.

Persoalan nya adakah kita dapat menjawab persoalan asal saya iaitu “harga ayam adalah bergantung kepada harga dedak, yang mana tergantung kepada harga jagung dan soya” (supply and value chain problems)? Adakah dengan hanya “menanam jagung secara berskala besar” boleh menyelesaikan masalah harga ayam?

Pertanian berskala besar, samada penanaman kelapa sawit atau padi, kesemuanya memerlukan tiga aset besar, iaitu lapangan (land), baja (fertilizers) dan tenaga kerja (labor) sebagai input utama.

Adakah kita mempunyai kelebihan persaingan (competitive advantages) didalam ketiga-tiga aspek? Pada pandangan saya, ketiga-tiga nya penuh dengan kemusykilan besar. Malaysia tiada mempunyai tanah lapangan yang luas serta rata (for corn planting), sektor pertanian sekarang sudah pun menghadapi masalah besar dalam aspek tenaga kerja ladang, dan akhir nya kita tidak mempunyai kedudukan yang jelas dalam rantai bekalan baja (fertilizer).

Kenaikan harga jagung dan makanan soya dunia sebenarnya mempunyai keberkaitan (causality) dengan harga baja (fertilizer) yang melambung tinggi.

Harga baja pula berkait dengan harga bahan pembuatan baja iaitu gas asli (natural gas), amonia dan sulfur.

Sebagai akhir kata – jawapan untuk harga ayam bergantung kepada jawapan harga dedak ayam, jawapan kepada harga dedak ayam bergantung kepada harga jagung dan makanan soya, dan jawapan kepada harga jagung terletak kepada kos penanaman, terutama nya kos baja.

Aspek ini lah yang saya cuba ketengahkan – iaitu pemahaman terhadap “economics of complexity” berkaitan dengan “supply and value chain problems”. Kepada ahli perniagaan, ianya sudah menjadi lumrah harian (at functional levels), tetapi kepada pembuat dasar (policy makers) kelihatan daripada repons yang ada, ianya masih amat jauh ketinggalan.

Masalah pertanian negara adalah kos; dan kos yang utama adalah pemakanan ternakan dan kos penanaman dalam bentuk pembajaan dan pekerja. Kesemuanya tidak akan selesai dalam jangka waktu yang singkat tanpa perubahan struktur (structural changes) pasaran yang jelas. Sebagai pembuat dasar, hal ini sepatutnya menjadi tumpuan utama, bukan nya kepada populariti sementara.

Author: WAN M HASNI

I was born 1964 in Pasir Mas Kelantan, Malaysia. I have a Bachelor and Masters Degree in Actuarial Science and Statistics, and a PhD holder in Finance. My earlier specialization is in Finance, with particular emphasis in Islamic Banking and Finance. Lately, my focus is in Data Science and Artificial Intelligence

Leave a comment