INFLASI, KAWALAN HARGA, SUBSIDI – PENGAJARAN DARIPADA PANDEMIK COVID19

1. Inflasi yang kita hadapi dan bakal hadapi dalam masa setahun atau lebih mendatang, adalah suatu yang besifat satu abad. We don’t see these events happened in recent past. Ia nya bukan bersifat tempatan, tetapi global, seperti juga pandemik COVID19. Kemungkinan besar inflasi dan kenaikan harga barang yang kita hadapai sekarang ini juga akan bersifat “pandemik” seperti COVID19 yang akan “menular” dan sukar dikawal. 

Pengajaran 1: Langkah yang perlu diambil juga sedikit sebanyak harus dipelajari daripada pandemik COVID, iaitu mengunakan sains data dan sains (i.e. knowledge and facts as opposed to speculation). 

2. Kawalan harga yang dibuat oleh mana-mana kerajaan, sebagaimana dijelaskan dalam buku teks ekonomi 101, hanyalah bersifat sementara (short term measures). Untuk jangka panjang, kawalan harga akan membawa impak yang negatif kepada pasaran. “Short term measures” adalah beberapa minggu atau bulan sahaja. Bukan untuk jangka waktu yang lebih dari itu. Kawalan harga adalah “market distortions”, ianya hanya berkesan untuk menyelesaikan kesenjangangan sementara “supply” dan “demand” dan bukan nya untuk menyelesaikan masalah harga. 

Pengajaran 2: Parallel daripada COVID ialah “lockdown”. Kawalan harga sama seperti lockdown, iaitu bersifat sementara sahaja dan sukar untuk dikawal. Kesan negatif jangka panjang daripada lockdown adalah kepada ekonomi dan pendapatan. Samalah juga dengan kawalan harga.

3. Subsidi yang bersifat “indirect”, adalah untuk membantu pengeluar dan pembekal, bukan nya pengguna. Segala pengumuman yang dibuat kerajaan setakat ini adalah “indirect subsidy” (kecuali bantuan BRIM).

Pengajaran 3: Penyelasaian jangka panjang pandemik COVID ialah imunisasi kelompok melalui vaksinasi dan “behaviorial changes” dalam masyarakat. Vaksinasi adalah “direct to every individuals”, maka demikianlah juga subsidi – direct cash injection. Vaksinasi mengambil kira “pre-existing conditions of a person” – samalah juga dengan subsidi. Vaksinasi tanpa perubahan behavior, samalah juga dengan subsidi tanpa perubahan behavior (contoh nya: pemakanan dan kepengunaan yang tidak berubah) – kesan nya adalah terhad.

Kalau kita tidak belajar daripada kesilapan yang lepas, mengulangi cara yang sama yang sudah tahu tidak mendatangkan hasil, bahkan menambah pembaziran, ataupun menambahkan masalah – itulah yang dikatakan sebagai “insanity”.

Wan Hasni

Author: WAN M HASNI

I was born 1964 in Pasir Mas Kelantan, Malaysia. I have a Bachelor and Masters Degree in Actuarial Science and Statistics, and a PhD holder in Finance. My earlier specialization is in Finance, with particular emphasis in Islamic Banking and Finance. Lately, my focus is in Data Science and Artificial Intelligence

Leave a comment